Sunday 25 January 2015

SELAMAT DATANG KEPADA PENGARAH BARU

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Bermula 1 Januari 2014 berlaku pertukaran pengarah baru di klinik ini diantara Ketua penolong Pengarah cawangan Pemulihan dalam Komuniti AADK iaitu Pn Siti Zaharah Bt Bechi dengan Pengarah Klinik C&C 1Malaysia Tampin, Melaka iaitu Pn Siti Mariam Binti Mursidan,Pertukaran ini berlangsung dengan masing-masing menyerahkan tugas di PTJ yang terlibat.Semoga pertukaran ini terus meningkatkan lagi kecekapan Klinik C&C 1Malaysia Tampin,Melaka menyampaikan perkhidmatan kepada golongan sasar...

Tuesday 16 September 2014

LAWATAN KE KLINIK C&C KOTA BAHRU

SALAM SEJAHTERA,
PADA 14 SEPTEMBER 2014 YANG LALU PIHAK KLINIK C&C TAMPIN TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE KOTA BAHRU BAGI  MELIHAT PROGRAM RAWATAN YANG DIJALANKAN DI SANA,SELAIN ITU PERKONGSIAN ILMU BERKENAAN LANDSKAP JUGA TELAH TERJALIN SEBAGAI PEMANTAPAN KEPADA PEGAWAI BAGI DIIMPLENTASIKAN APABILA KE PEJABAT NANTI.

AADK MENERAPKAN SEMULA ELEMEN TERAPUTIK COMMUNITY

Salam,selamat petang,coretan pada petang ini adalah berkenaan ke arah pemantapan program rawatan pemulihan dadah oleh AADK,Pada masa ini Modul TC telah diterapkan kembali di CCRC krn dilihat mampu membantu dlm kepulihan klien.Ini berdasarkan best practical yg telah dibuktikan ketika pelaksanaannya dahulu di (PERSADA) kini Klinik C&C Sungai Besi.I.allah program ini akan menyusul di Klinik C&C.

Monday 6 January 2014

PENEMUAN DADAH BARU

PENEMUAN DADAH YANG DIKESAN PIHAK BERKUASA FARMASI / PDRM DAN
INTERNET


BUPROPION

Bahan ini telah dikenalpasti sebagai bahan yang disalahguna sebagai bahan kecantikan dalam bentuk
sachet (dikategorikan sebagai dadah Psikotropik)
dan prodak ini telah dirampas di Atika Beauty Perfect Body, Kuala Lumpur.


BUPROPION digunakan sebagai bahan antidepressant dan bahan untuk individu yang hendak berhenti
merokok (di US bahan ini adalah bahan kawalan dengan
dos yang dibenarkan secara prescribe) - Dipasarkan menggunakan jenama Wellbutrin, Budeprion,
Prexaton, Elontril dan Aplenzin.


Pada tahun 2012 di Amerika Syarikat telah dikenalpasti bahan ini digunakan sebagai bahan kempen
untuk mengurangkan berat badan dan kemampuan seks.
(Undang-undang Amerika Syarikat/US - mendapati promosi ini satu kesalahan yang boleh dihukum
denda $3 juta);


IMPAK KESAN PENYALAHGUNAAN

Kesan penggunaanya menyamai dengan Amphetamine.
Menyamai juga cathinone.
Dikhuatiri ianya boleh disalahgunakan dalam kapasiti yang besar jika ianya berorientasikan untuk
keuntungan.


BALT SALTS

Dadah ini dikategorikan dadah sintetik. Dadah ini dinamakan Balt Salts ( Garam Mandi) adalah sempena
garam yang digunakan dalam mandian boleh bertindak meransang otak ke tahap tertinggi dan
meningkatkan suhu badan. Keadaan ini akan menyebabkan halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstrem
menyebabkan penagih yang mengambil dadah ini hilang pertimbangan dan meransang penagih menjadi
zombie sehingga sanggup membunuh dan memakan daging manusia atau menyakiti mangsa sampai mati.

Dadah ini dihasilkan dengan kombinasi bahan kimia seperti amphetamine, terutama mephedrone, MDPV
dan methylone. Mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan terus menular penggunaannya di Britaian,
Amerika Syarikat dan Eropah.


KROKODIL

Dadah ini mula dikesan di Rusia sejak tahun 2002. Dadah mula menular di kawasan Siberia. Penggunaan
dadah ini membawa kesan kemusnahan diri yang ekstrem ke atas minda, dan anggota tubuh badan.
Dadah ini dalam kategori dadah sintetik ( Designer Drug).

Nama saintifik bagi dadah ini ialah Desomorphine. Dadah ini campuran daripada codeine, thinner,
gasoline, asid hidroklorik, iodin dan bahan-bahan lain. Dadah ini dalam bentuk cecair (liquid) dan
penggunaan secara suntikan.

Thursday 5 December 2013


ANDA BERFIKIR, ANDA RASA, & ANDA MESTI BERTINDAK
Disediakan oleh : Klinik C&C 1Malaysia Tampin, Melaka
Tampin 5 Disember : Unit Pemulihan telah mengadakan satu program Pencegahan Relapse yang melibatkan 40 orang klien yang terdiri daripada klien dewasa,remaja & wanita.Program ini adalah bertujuan bagi melahirkan klien yang mampu membuat perancangan yang praktikal untuk menghadapi situasi berisiko untuk terjebak dalam penagihan semula.





Klien di berikan tugasan secara berkumpulan dengan berpegang kepada prinsip THINK,FELL,&ACTION bagi menyelesaikan sesuatu permainan,ini kerana didalam tugasan tersebut merangkumi elemen-elemen penting yang berkait dengan faktor klien boleh menagih semula dan klien ditugaskan untuk mengimplimentasikan apa yang telah dipelajari pada sesi kelas selama ini didalam tugasan tersebut.


Saturday 3 November 2012

TWITTER

Assalamualaikum.....

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti makluman dan aktiviti yang dijalankan di Klinik C&C 1Malaysia Tampin.Boleh mengikuti kami di twitter iaitu dengan nama @Tampinklinik @ctmariam26