Saturday, 23 April 2011

UCAPAN MENTERI KDN


MEMERANGI PENGEDARAN DAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Dadah merupakan musuh nombor satu negara. Kerajaan sedar usaha membanteras jenayah tidak mungkin dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa usaha memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Malaysia adalah sebuah negara yang tidak bertoleransi dengan dadah dan mempunyai peruntukan undang-undang yang ketat untuk memerangi dadah.
Ketegasan Malaysia dibuktikan melalui lima akta yang digubal bagi tujuan mencegah pengedaran dan penagihan dadah, iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988 dan Akta Racun 1952.
Walaupun begitu terbukti bahawa mempunyai undang-undang yang ketat semata-mata masih tidak cukup untuk menakutkan pengedar dadah dan belum dapat menginsafkan masyarakat tentang bahaya dadah. Sama seperti keganasan dan jenayah, dadah juga tidak mengira warna kulit, agama, darjat, kedudukan dan sebagainya.
Justeru wawasan, hala tuju, strategi, pendekatan dan iltizam baru dalam memerangi ancaman dadah. Pendekatan yang lebih segar diperlukan dalam empat aspek utama usaha memerangi dadah, iaitu dari aspek berikut:
i. Pencegahan
ii. Pemulihan
iii. Penguatkuasaan undang-undang, dan
iv. Kerjasama di peringkat antarabangsa.
Pada 2011, KDN akan meneliti semula pernyataan dasar anti dadah negara yang sedia ada. Pernyataan dasar ini telah dirangka pada 1996 dan kali terakhir ia disemak semula adalah pada 2004. Sudah tiba masanya dasar anti dadah negara dan segala langkah memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah dikaji semula.
Selain mencari jalan untuk meningkatkan keberkesanan program pencegahan dan pemulihan, KDN akan menggiatkan lagi penguatkuasaan terhadap pengedar dadah dan operator makmal dadah. Pada tahun 2010, jumlah tangkapan berkaitan kesalahan dadah adalah seramai 146,942; 137,241 melibatkan penagih dan 9,701 melibatkan pengedar.
Sejumlah 31 buah makmal telah ditumpaskan sepanjang tempoh 2009 hingga 2010 melibatkan rampasan dadah bernilai RM226.75 juta. Nilai keseluruhan rampasan dadah yang direkodkan sepanjang 2009 dan 2010 adalah sebanyak RM658 juta.
Pada 2011, KDN akan meningkatkan lagi aktiviti penguatkuasaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dalam perang terhadap penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini.
MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM PEMULIHAN
Sekiranya sistem hukuman, penahanan dan pemulihan berkesan, maka peluang bagi seseorang melakukan jenayah berulang berkurangan, seterusnya ini akan mengurangkan kadar jenayah di dalam negara. Visi Jabatan Penjara adalah untuk menjadi sebuah institusi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020.
Sasaran Jabatan Penjara adalah untuk memastikan jumlah residivis, atau banduan yang berulang kali masuk ke penjara, tidak melebihi 17 peratus dari jumlah kemasukan setahun. Alhamdulillah, setakat ini Jabatan Penjara yang masih dapat mengekalkan kadar residivis di bawah paras 17 peratus (16.8 peratus).
Sebagai langkah kepada penyelesaian koreksional yang lebih holistik, beberapa pendekatan baru dan penambahbaikan telah diperkenalkan oleh Jabatan Penjara secara proaktif. Pertama, dengan menambah baik program pengasingan banduan dan mengasingkan mereka mengikut umur, tahap dan jenis kesalahan. Kedua, melalui pengkategorian semula penjara. Pada tahun 2010, sebanyak 11 buah penjara terlibat dalam usaha ini dan pada tahun 2011, ia akan diperluaskan ke 17 penjara yang lain.
Seperti Jabatan Penjara, transformasi program rawatan dan pemulihan juga merupakan agenda utama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kita sedar, selepas 27 tahun trend, metodologi dan teknologi terapi rawatan dan pemulihan penagihan dadah sudah banyak berubah. Melalui AADK, beberapa pendekatan baru yang diperkenalkan pada 2010 dan akan diperkemaskan lagi pada tahun ini.
Pendekatan baru AADK ini adalah dengan menjadikan program rawatan dan pemulihan lebih terbuka. Melalui Klinik Rawat dan Prihatin (Cure & Care) 1Malaysia, AADK telah membuka ruang kepada masyarakat untuk memilih perkhidmatan program rawatan dan pemulihan secara sukarela tanpa perlu melalui proses tangkapan dan perintah mahkamah

PAKEJ YANG DISEDIAKAN DI KLINIK CURE&CARE 1MALAYSIA TAMPIN, MELAKA

                                                                TAMPIN, MELAKA


Klinik Cure&Care 1Malaysia Tampin, Melaka menyediakan 3 pakej yang boleh dipilih kepada klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan sebagai Inpatient/Residen berdasarkan keperluan dan saranan yang di kemukakan kepada klien.Sudah tentu dengan adanya pakej ini dapat memberikan pilihan kepada klien serta memberi nilai tambah di dalam perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh pihak AADK.Pakej ini terdiri daripada 3 menu iaitu :

  • Menu 1 - Pakej 1 bulan
  • Menu 2 - Pakej 2 bulan
  • Menu 3 - Pakej 3 bulan
didalam pakej-pakej ini akan terdapat beberapa menu yang mesti di ikuti oleh klien sepanjang menjalani perkhidmatan sebagai inpatient/residen di Klinik Cure&Care 1Malaysia.Mungkin ramai yang akan bertanya,apakah yang terkandung di dalam menu-menu tersebut ?.Berikut adalah adalah jawapan kepada apa yang bermain difikiran anda.....

Bagi pakej 1 bulan, berikut adalah menu dan jumlah sesi yang akan dikuti oleh mereka...


MENU
JUMLAH SESI
EARLY RECOVERY
6 SESI
RELAPSE PREVENTION
6 SESI
TERAPI KEKELUARGAAN
2 SESI
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
6 SESI
JUMLAH
20 SESI


Bagi pakej 2 bulan, berikut adalah menu dan jumlah sesi yang akan di ikuti mereka :


MENU
JUMLAH SESI
EARLY RECOVERY
6 SESI
RELAPSE PREVENTION
12 SESI
TERAPI KEKELUARGAAN
3 SESI
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
8 SESI
JUMLAH
29 SESI


Bagi pakej 3 bulan, berikut adalah menu dan jumlah sesi yang akan di ikuti mereka :


MENU
JUMLAH SESI
EARLY RECOVERY
6 SESI
RELAPSE PREVENTION
16 SESI
TERAPI KEKELUARGAAN
4 SESI
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
16 SESI
JUMLAH
42 SESI



Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan,bolehlah menghubungi Hotline berikut : 06-4411922

Thursday, 21 April 2011

CARA KEMASUKAN KE KLINIK CURE&CARE 1MALAYSIA TAMPIN, MELAKA

Kemasukan ke C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara:-

     -   Walk-in – klien datang sendiri secara sukarela
     -   Rujukan – dirujuk oleh pihak ketiga (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan).
     -   Temu-seru – dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs.

KOMPONEN DIDALAM PROGRAM PSIKOSOSIAL YANG DI TAWARKAN KEPADA KLIEN

Berikut merupakan komponen yang terdapat di dalam program psikososial yang ditawarkan di Klinik Cure&Care 1Malaysia Tampin, Melaka :

  1. Early Recovery
  2. Relapse Prevention
  3. Sokongan Sosial
  4. Program Keluarga
  5. Bimbingan dan Kaunseling

Sunday, 10 April 2011

AADK SAHUT POSITIF AMANAT YB MENTERI

Putrajaya, 7 Januari:  Rentetan dari perutusan tahun baru dan amanat YB. Dato’ Seri 
Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam Majlis Perhimpunan Bulanan 
Kementerian Dalam Negeri pada pagi tadi, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah Binti Hj. Mohamed, 
Ketua Pengarah AADK telah mengadakan satu sidang media bagi mengulas lanjut perkara 
tersebut. Sidang media tersebut telah berlangsung di pejabat YBhg. Dato’ Ketua Pengarah 
bermula tepat jam 5 petang. 
Dalam sidang media itu, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah memberi penjelasan serta penerangan 
kepada rakan media mengenai  transformasi AADK  yang akan dilaksanakan pada tahun 
2011. Antara lain, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah menegaskan pada 2011,  AADK akan
menggerakkan 101,062 orang sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) melalui penglibatan 
program pencegahan dan rawatan pemulihan. Ia adalah merupakan satu gelombang 
sukarelawan dalam usaha membantu AADK memerangi dadah bertepatan dengan amanat 
YB. Dato’ Seri Menteri Dalam Negeri yang mahukan seluruh jabatan dan agensi dalam KDN 
menggerakkan gelombang kesukarelaan melalui semangat 1KDN.
Bercakap mengenai rawatan dan pemulihan dadah pula, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah 
menjelaskan setelah 27 tahun, AADK mengorak langkah dengan memperkenalkan 
pendekatan baru melalui penubuhan Klinik Cure & Care 1Malaysia.  Melalui pengwujudan 
klinik berkonsepkan terbuka dan sukarela di klinik tersebut, tahun 2010 AADK telah 
mendapat pujian daripada pelbagai agensi antarabangsa iaitu World Health Organization, 
United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) serta banyak lagi kerana berjaya 
menghasilkan pendekatan diluar jangkaan ini. Dari hasil  yang  positif tersebut,  AADK
merancang akan menambah lagi jumlah klinik berkenaan pada tahun 2011.
Pada tahun 2011 juga, AADK akan memperkenalkan produk terbaru;
i. Cure And Care Service Centre (CCSC)
CCSC  menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kumpulan sasar
disamping berfungsi sebagai pusat aktiviti harian, penempatan sementara, 
pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat & rujukan. 
ii. Rumah Komuniti;
Rumah Komuniti  adalah sebuah fasiliti pemulihan yang dikendalikan sepenuhnya 
oleh komuniti setempat dan bertindak sebagai pusat singgah masuk atau pusat khidmat harian  (drop in centre).  Setiap rumah komuniti akan mempunyai 
jawatankuasa yang dikenali sebagai  Jawatankuasa Rumah Komuniti  (JKRK) yang 
dikendalikan oleh komuniti itu sendiri.
iii. Pengkategorian PUSPEN:
      AADK juga mengklasifikasikan PUSPEN kepada beberapa kategori iaitu:
1.  PUSPEN Triage 
2. PUSPEN Tegar 
3. One PUSPEN 
Selain produk-produk terbaru tersebut, sehingga  November 2010 daripada 52,284 orang 
kena pengawasan (OKP), AADK dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan telah 
berjaya memastikan  sebanyak 43,980 (84.12%) kes OKP komplian melapor diri dan 
mengikuti pemulihan dalam komuniti. Sehubungan dengan itu pada tahun 2011, AADK akan 
mempertingkatkan lagi tahap komplian tersebut dalam usaha memastikan  OKP menjalani 
pemulihan dalam komuniti.
AADK juga akan turut menggerakkan 101,062 orang sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) 
melalui penglibatan program pencegahan agensi. Disamping itu AADK turut akan 
memberikan latihan yang sistematik kepada ahli RADA terutamanya dalam kaunseling dalam 
membantu agensi memulihkan penagih dadah.Melalui pembaharuan tersebut, ia dilihat 
sejajar dengan hasrat YB Menteri Dalam Negeri yang ingin melihat golongan sukarelawan ini
mempunyai hala tuju yang jelas dalam membantu AADK untuk berhadapan dengan musuh 
nombor satu negara.
Kesemua perkara yang dinyatakan tersebut adalah bukti kesungguhan dan keazaman AADK 
dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat demi kesejahteraan agama,bangsa 
dan negara sejajar konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

Saturday, 9 April 2011

PEMBUKAAN KLINIK CURE & CARE 1 MALAYSIA TAMPIN,MELAKA

Bermula pada 4 April 2011,maka bertukarlah identiti salah satu Pusat Pemulihan yang pertama sekali menggunakan konsep sehenti di Malaysia atau lebih dikenali umum sebagai Pusat Serenti.Pada tahun 2009,AADK talah menjenamakan semula nama Pusat Serenti  kepada nama baru iaitu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).PUSPEN tersebut adalah PUSPEN Tampin,Melaka atau nama barunya iaitu Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampin,Melaka.Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP),yang mengutamakan penyampaian kepada rakyat,maka tercetuslah satu idea yang terhasil melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dibincangkan didalam Crime Lab dan Drug lab,hasilnya adalah AADK telah mentransformasikan PUSPEN dengan mewujudkan PUSPEN yang berkonsep terbuka (open Concept) kepada penagih.PUSPEN ini telah ditukarkan kepada nama Klinik Cure & Care 1Malaysia.Berdasarkan amalan-amalan yang terbaik dan prinsip-prinsip asas rawatan (best practise and guiding principles) kepada para penagih dadah,klinik C&C 1Malaysia menawarkan 12 jenis perkhidmatan yang boleh dipilih oleh klien/Pelanggan berdasarkan komitmen dan keperluan kepulihannya.Antaranya ialah :


  1. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
  2. Pendidikan agama dan spiritual
  3. Pencegahan penagihan semula(Relapse Prevention)
  4. Program kemahiran hidup (Life skills) 
  5. Program pendidikan dan latihan vokasional
  6. Program khidmat masyarakat
  7. Perkhidmatan detoksifikasi (penyahtoksidan) secara perubatan
  8. Program rawatan terapi gantian (drug substitution therapy)
  9. Program re-entry
  10. Program seliaan lanjutan (aftercare)
  11. Program kumpulan supportif
  12. Perkhidmatan rujukan dan advokasi
Klinik C&C 1malaysia juga memperkenalkan konsep "open access service" bagi mengoptimunkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan / klien.Intipati kepada konsep tersebut ialah :

  1. Pelanggan/Klien boleh memilih apa perkhidmatan/program yang bersesuaian dengan komitmen dan keperluan kepulihannya.
  2. pelanggan/klien klinik bukan lagi terhad kepada penagih-penagih dadah sahaja,tetapi juga kepada semua peringkat anggota masyarakat sama ada keluarga,majikan tau mana-mana individu yang menpunyai kaitan atau terkesan daripada masalah penagihan (co-dependency).
  3. Pelanggan/klien yang datang atau memohon perkhidmatan tidak dikenakan sebarang prasyarat,dan segala butir maklumat peribadi klien tidak akan didedahkan.
  4. Pelaggan/klien yang sedang atau telah mendapatkan perkhidmatan tidak tertakhluk kepada ikatan undang-undang (Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983,pindaan 1998).
  5. Perkhidmatan dibuka selama tujuh (7) hari seminggu,tidak termasuk cuti umum.
Semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan/dipohon oleh pelanggan/klien akan disediakan melalui tujuh (7) peringkat penempatan (client's placement level) iaitu :

  1. Residensi(inpatient)-selama tempoh 1bulan,2bulan atau 3 bulan.
  2. Pesakit luar (outpatient)-mengikut kesesuaian klien
  3. Detoksifikasi-selama 2 minggu
  4. Rawatan terapi gantian-mengikut kesesuaian pelanggan
  5. Singgah masuk(daycare)
  6. Khidmat singkat-aduan,khidmat nasihat dan intervensi
  7. Rujukan dan advokasi
Buat masa ini telah terdapat 7 klinik yang telah ditubuhkan di malaysia,untuk maklumat lanjut khususnya kepada mereka yang tinggal di negeri melaka,Negeri Sembilan dan Pahang bolehlah berhubung di talian berikut :
06-4411922 (Klinik C&C 1Malaysia Tampin,Melaka)