Saturday 3 November 2012

TWITTER

Assalamualaikum.....

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti makluman dan aktiviti yang dijalankan di Klinik C&C 1Malaysia Tampin.Boleh mengikuti kami di twitter iaitu dengan nama @Tampinklinik @ctmariam26

OUTREACH

TEMUSERU atau OUTREACH adalah satu cara untuk mendekati golongan sasar kepada penyampaian maklumat tentang perkhidmatan dan saluran untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh golongan sasar yang sering kali mendapat maklumat dan perpekstif yang salah tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Klinik C&C 1Malaysia Tampin.Unit Publisiti sentiasa menerima maklumat awam yang ingin membantu mereka yang terlibat dengan masalah dadah di komuniti mereka.Sila hubungi kami di talian berikut :

06-4411922
06-4415059
06-4411667


Monday 16 January 2012

MUSIM PERAYAAN TIBA LAGI,APA BAHAYA YANG MENANTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan......

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut Agama BUDDHA di seluruh Malaysia.Pada tahun ini merupakan tahun Naga bagi kepercayaan agama BUDDHA.Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa tajuk yang di tulis di atas menyatakan bila perayaan tiba,pasti ada bahaya yang mendatang.Mungkin saban waktu kita mendengar  dan melihat akan pasti jumlah kemalangan dan kecelakaan di jalan raya yang meningkat pada musim perayaan ini.Namun kita seharusnya juga di maklumkan tentang banyak kejadiaan dan potensi utk relapse juga berlaku.Selain itu, di waktu perayaan ini juga mungkin golongan remaja akan mencari aktiviti yang membawa mereka ke arah keseronokan,jika pemilihan aktiviti ini tidak dipantau oleh masyarakat terutamanya keluarga pasti ia akan mendorong kepada golongan ini untuk berjinak-jinak dengan musuh no 1 Malaysia iaitu DADAH.Kesedaran bagi membantu mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini kebanyakkan hanya wujud dan tertumpu kepada mereka yang pernah terlibat dan telah pulih serta ahli keluarga dimana terdapat individu yang terlibat di dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah.Keadaan ini seharusnya dibaiki, namun bagaimana ?

ada yang mahu menolong tapi tak mahu individu itu di tangkap dan di sabitkan perundangan ?
ada yang mahu mendapatkan rawatan tetapi tak mahu direkodkan dalam sistem maklumat jenayah ?
ada yang hendak dapatkan rawatan tetapi kebanyakan pusat rawatan adalah berbayar dan kosnya tinggi ?
ada yang ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membantu mereka yang terlibat  ?


JAWAPAN ANDA DI SINI..............


KLINIK CURE&CARE 1MALAYSIA TAMPIN, MELAKA

disini :
  • Kemasukan secara sukarela
  • Tidak dicatatkan dalam rekod jenayah
  • Percuma untuk semua rakyat Malaysia
  • Terbuka kepada semua
  • Pakej yang lebih mesra

jika anda mempunyai pertanyaan dan maklumat untuk membantu mereka yang terlibat dalam penagihan dan penyalahgunaan dadah,bolehlah menghubungi kami di talian berikut :

06-4411922
06-4411972

ATAU TERUS KE ALAMAT KAMI DI :

KLINIK CURE&CARE 1MALAYSIA
TAMPIN, 
73000, TAMPIN,
MELAKA

*berhampiran Hospital Tampin
*Berhadapan dengan Stadium Majlis Daerah Tampin

CARTA ALIRAN PERKHIDMATAN KLINIK C&C 1MALAYSIA

Wednesday 4 January 2012

TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...


Terlebih dahulu pihak Klinik Cure&Care 1Malaysia Tampin ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua lapisan masyarakat di malaysia yang di lihat kian prihatin terhadap masalah penagihan dadah di negara kita,melalui perkembangan yang baik ini.Pihak kami menyarankan supaya sikap prihatin kepada mereka yang terlibat dengan penagihan dadah ini dapat di terjemahkan melalui medium yang betul dan arif dalam membantu mereka ke arah kepulihan.Wujudnya Klinik Cure&Care 1Malaysia amnya di negara ini dan khususnya di Tampin, Melaka adalah untuk membantu golongan yang terlibat di dalam penagihan dan penyalahgunaan dadah serta bahan-bahan terlarang yang lain di kawasan setempat terutamanya di negeri Melaka dan Negeri Sembilan.Sekiranya anda mempunyai maklumat dan ingin membantu mereka yang terlibat ini bolehlah menghubungi talian Hotline kami (06-4411922/06-4411972).Perkhidmatan yang disediakan di sini adalah berkonsepkan sukarela, terbuka dan lebih mesra.Ini kerana klien boleh memilih pakej yang hendak di ikuti selepas di syorkan oleh pegawai penilai.Klinik Cure&Care 1Malaysia juga turut menyediakan Program Rawatan Terapi Gantian Mengunakan Methadon.Melalui GTP yang dijalankan oleh kerajaan telah memberi kesan di dalam penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di dalam bidang rawatan & pemulihan dadah.