Sunday 10 April 2011

AADK SAHUT POSITIF AMANAT YB MENTERI

Putrajaya, 7 Januari:  Rentetan dari perutusan tahun baru dan amanat YB. Dato’ Seri 
Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam Majlis Perhimpunan Bulanan 
Kementerian Dalam Negeri pada pagi tadi, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah Binti Hj. Mohamed, 
Ketua Pengarah AADK telah mengadakan satu sidang media bagi mengulas lanjut perkara 
tersebut. Sidang media tersebut telah berlangsung di pejabat YBhg. Dato’ Ketua Pengarah 
bermula tepat jam 5 petang. 
Dalam sidang media itu, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah memberi penjelasan serta penerangan 
kepada rakan media mengenai  transformasi AADK  yang akan dilaksanakan pada tahun 
2011. Antara lain, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah menegaskan pada 2011,  AADK akan
menggerakkan 101,062 orang sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) melalui penglibatan 
program pencegahan dan rawatan pemulihan. Ia adalah merupakan satu gelombang 
sukarelawan dalam usaha membantu AADK memerangi dadah bertepatan dengan amanat 
YB. Dato’ Seri Menteri Dalam Negeri yang mahukan seluruh jabatan dan agensi dalam KDN 
menggerakkan gelombang kesukarelaan melalui semangat 1KDN.
Bercakap mengenai rawatan dan pemulihan dadah pula, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah 
menjelaskan setelah 27 tahun, AADK mengorak langkah dengan memperkenalkan 
pendekatan baru melalui penubuhan Klinik Cure & Care 1Malaysia.  Melalui pengwujudan 
klinik berkonsepkan terbuka dan sukarela di klinik tersebut, tahun 2010 AADK telah 
mendapat pujian daripada pelbagai agensi antarabangsa iaitu World Health Organization, 
United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) serta banyak lagi kerana berjaya 
menghasilkan pendekatan diluar jangkaan ini. Dari hasil  yang  positif tersebut,  AADK
merancang akan menambah lagi jumlah klinik berkenaan pada tahun 2011.
Pada tahun 2011 juga, AADK akan memperkenalkan produk terbaru;
i. Cure And Care Service Centre (CCSC)
CCSC  menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kumpulan sasar
disamping berfungsi sebagai pusat aktiviti harian, penempatan sementara, 
pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat & rujukan. 
ii. Rumah Komuniti;
Rumah Komuniti  adalah sebuah fasiliti pemulihan yang dikendalikan sepenuhnya 
oleh komuniti setempat dan bertindak sebagai pusat singgah masuk atau pusat khidmat harian  (drop in centre).  Setiap rumah komuniti akan mempunyai 
jawatankuasa yang dikenali sebagai  Jawatankuasa Rumah Komuniti  (JKRK) yang 
dikendalikan oleh komuniti itu sendiri.
iii. Pengkategorian PUSPEN:
      AADK juga mengklasifikasikan PUSPEN kepada beberapa kategori iaitu:
1.  PUSPEN Triage 
2. PUSPEN Tegar 
3. One PUSPEN 
Selain produk-produk terbaru tersebut, sehingga  November 2010 daripada 52,284 orang 
kena pengawasan (OKP), AADK dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan telah 
berjaya memastikan  sebanyak 43,980 (84.12%) kes OKP komplian melapor diri dan 
mengikuti pemulihan dalam komuniti. Sehubungan dengan itu pada tahun 2011, AADK akan 
mempertingkatkan lagi tahap komplian tersebut dalam usaha memastikan  OKP menjalani 
pemulihan dalam komuniti.
AADK juga akan turut menggerakkan 101,062 orang sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) 
melalui penglibatan program pencegahan agensi. Disamping itu AADK turut akan 
memberikan latihan yang sistematik kepada ahli RADA terutamanya dalam kaunseling dalam 
membantu agensi memulihkan penagih dadah.Melalui pembaharuan tersebut, ia dilihat 
sejajar dengan hasrat YB Menteri Dalam Negeri yang ingin melihat golongan sukarelawan ini
mempunyai hala tuju yang jelas dalam membantu AADK untuk berhadapan dengan musuh 
nombor satu negara.
Kesemua perkara yang dinyatakan tersebut adalah bukti kesungguhan dan keazaman AADK 
dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat demi kesejahteraan agama,bangsa 
dan negara sejajar konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

No comments:

Post a Comment