Monday 16 January 2012

MUSIM PERAYAAN TIBA LAGI,APA BAHAYA YANG MENANTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan......

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut Agama BUDDHA di seluruh Malaysia.Pada tahun ini merupakan tahun Naga bagi kepercayaan agama BUDDHA.Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa tajuk yang di tulis di atas menyatakan bila perayaan tiba,pasti ada bahaya yang mendatang.Mungkin saban waktu kita mendengar  dan melihat akan pasti jumlah kemalangan dan kecelakaan di jalan raya yang meningkat pada musim perayaan ini.Namun kita seharusnya juga di maklumkan tentang banyak kejadiaan dan potensi utk relapse juga berlaku.Selain itu, di waktu perayaan ini juga mungkin golongan remaja akan mencari aktiviti yang membawa mereka ke arah keseronokan,jika pemilihan aktiviti ini tidak dipantau oleh masyarakat terutamanya keluarga pasti ia akan mendorong kepada golongan ini untuk berjinak-jinak dengan musuh no 1 Malaysia iaitu DADAH.Kesedaran bagi membantu mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini kebanyakkan hanya wujud dan tertumpu kepada mereka yang pernah terlibat dan telah pulih serta ahli keluarga dimana terdapat individu yang terlibat di dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah.Keadaan ini seharusnya dibaiki, namun bagaimana ?

ada yang mahu menolong tapi tak mahu individu itu di tangkap dan di sabitkan perundangan ?
ada yang mahu mendapatkan rawatan tetapi tak mahu direkodkan dalam sistem maklumat jenayah ?
ada yang hendak dapatkan rawatan tetapi kebanyakan pusat rawatan adalah berbayar dan kosnya tinggi ?
ada yang ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membantu mereka yang terlibat  ?


JAWAPAN ANDA DI SINI..............


KLINIK CURE&CARE 1MALAYSIA TAMPIN, MELAKA

disini :
  • Kemasukan secara sukarela
  • Tidak dicatatkan dalam rekod jenayah
  • Percuma untuk semua rakyat Malaysia
  • Terbuka kepada semua
  • Pakej yang lebih mesra

jika anda mempunyai pertanyaan dan maklumat untuk membantu mereka yang terlibat dalam penagihan dan penyalahgunaan dadah,bolehlah menghubungi kami di talian berikut :

06-4411922
06-4411972

ATAU TERUS KE ALAMAT KAMI DI :

KLINIK CURE&CARE 1MALAYSIA
TAMPIN, 
73000, TAMPIN,
MELAKA

*berhampiran Hospital Tampin
*Berhadapan dengan Stadium Majlis Daerah Tampin

No comments:

Post a Comment