Monday 6 January 2014

PENEMUAN DADAH BARU

PENEMUAN DADAH YANG DIKESAN PIHAK BERKUASA FARMASI / PDRM DAN
INTERNET


BUPROPION

Bahan ini telah dikenalpasti sebagai bahan yang disalahguna sebagai bahan kecantikan dalam bentuk
sachet (dikategorikan sebagai dadah Psikotropik)
dan prodak ini telah dirampas di Atika Beauty Perfect Body, Kuala Lumpur.


BUPROPION digunakan sebagai bahan antidepressant dan bahan untuk individu yang hendak berhenti
merokok (di US bahan ini adalah bahan kawalan dengan
dos yang dibenarkan secara prescribe) - Dipasarkan menggunakan jenama Wellbutrin, Budeprion,
Prexaton, Elontril dan Aplenzin.


Pada tahun 2012 di Amerika Syarikat telah dikenalpasti bahan ini digunakan sebagai bahan kempen
untuk mengurangkan berat badan dan kemampuan seks.
(Undang-undang Amerika Syarikat/US - mendapati promosi ini satu kesalahan yang boleh dihukum
denda $3 juta);


IMPAK KESAN PENYALAHGUNAAN

Kesan penggunaanya menyamai dengan Amphetamine.
Menyamai juga cathinone.
Dikhuatiri ianya boleh disalahgunakan dalam kapasiti yang besar jika ianya berorientasikan untuk
keuntungan.


BALT SALTS

Dadah ini dikategorikan dadah sintetik. Dadah ini dinamakan Balt Salts ( Garam Mandi) adalah sempena
garam yang digunakan dalam mandian boleh bertindak meransang otak ke tahap tertinggi dan
meningkatkan suhu badan. Keadaan ini akan menyebabkan halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstrem
menyebabkan penagih yang mengambil dadah ini hilang pertimbangan dan meransang penagih menjadi
zombie sehingga sanggup membunuh dan memakan daging manusia atau menyakiti mangsa sampai mati.

Dadah ini dihasilkan dengan kombinasi bahan kimia seperti amphetamine, terutama mephedrone, MDPV
dan methylone. Mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan terus menular penggunaannya di Britaian,
Amerika Syarikat dan Eropah.


KROKODIL

Dadah ini mula dikesan di Rusia sejak tahun 2002. Dadah mula menular di kawasan Siberia. Penggunaan
dadah ini membawa kesan kemusnahan diri yang ekstrem ke atas minda, dan anggota tubuh badan.
Dadah ini dalam kategori dadah sintetik ( Designer Drug).

Nama saintifik bagi dadah ini ialah Desomorphine. Dadah ini campuran daripada codeine, thinner,
gasoline, asid hidroklorik, iodin dan bahan-bahan lain. Dadah ini dalam bentuk cecair (liquid) dan
penggunaan secara suntikan.

No comments:

Post a Comment